Cuci tingkap pada ketinggian tingkat 34. Tanpa sebarang peralatan keselamatan tambahan. Ada berani.? Seperti yang dilapor Kosmo pada 1 Oktober 2010.



Tidak dapat bayang tinggi mana.? Sila tengok gambar penuh di bawah dan anda akan boleh agak ketinggiannya..:)




Bagaimana, sudah dapat bayang ketinggiannya.?:)

Petikan kosmo:
DUBAI - Seorang pekerja lelaki mencuci tingkap di tingkat 34 sebuah bangunan apartmen di Pantai Jumeirah di sini tanpa memakai peralatan keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja itu mencuci tingkap tersebut pada ketinggian ratusan meter dalam keadaan selamba dengan berdiri di tepi tingkap untuk mencuci cermin.

Pembangunan yang pesat di Dubai menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai imigran asing untuk bekerja di dalam industri pembinaan. -